Pemandu lori direman pukul isteri, anak

No Image Caption
A
A
A

KLANG - Seorang pemandu lori direman selama tiga hari selepas dipercayai memukul isteri serta tiga anaknya ketika mabuk dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Sentosa pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang ketika mangsa bersama ibunya dan dua adik perempuannya berada di rumah.

"Suspek bertindak memukul mangsa berumur 20 tahun, isteri suspek berumur 45 tahun serta dua adik perempuan mangsa berumur 15 dan sembilan tahun dengan menggunakan tali pinggang, cawan dan kasut.

"Siasatan awal dijalankan mendapati suspek sering minum minuman keras dan kejadian itu sudah beberapa kali berlaku sejak tahun lalu," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

"Semakan mendapati suspek yang berusia 47 tahun itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: