Pegawai Kadet TLDM harumkan nama negara

Defence Attache Duta Malaysia di Amerika Syarikat, Briged Jeneral Datuk Saadon Hasnan dan isteri hadir meraikan Ahmad Yusuf
Defence Attache Duta Malaysia di Amerika Syarikat, Briged Jeneral Datuk Saadon Hasnan dan isteri hadir meraikan Ahmad Yusuf
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang pegawai kadet Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Ahmad Yusuf Ahmad Azani mengharumkan nama negara apabila berjaya menamatkan pengajian di United States Naval Academy (USNA) pada 28 Mei lepas.

Pada majlis graduasi itu, Ahmad Yusuf turut mendapat perhatian apabila dengan megah berdiri di antara lebih 1,000 graduan antarabangsa lain sambil meletakkan bendera Malaysia di bahunya.

Foto aksi Ahmad Yusuf dimuat naik portal, Chicago Tribune dalam laporan berita ucapan perasmian Naib Presiden Amerika Syarikat, Kamala Harris sempena majlis tersebut di Navy-Marine Corps Memorial Stadium.

Defence Attache Duta Malaysia di Amerika Syarikat, Briged Jeneral Datuk Saadon Hasnan dan isteri turut hadir meraikan kejayaan anak Malaysia itu.

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam satu kenyataan merakamkan ucapan tahniah kepada Pegawai Kadet Kanan (PKK), Ahmad Yusuf Ahmad Azani atas kejayaan menamatkan pengajian tersebut.

Ahmad Yusuf megah berdiri di antara lebih 1,000 graduan antarabangsa lain sambil meletakkan bendera Malaysia di bahunya.
Ahmad Yusuf megah berdiri di antara lebih 1,000 graduan antarabangsa lain sambil meletakkan bendera Malaysia di bahunya.

Menurut TLDM, Yusuf mengikuti latihan di USNA sejak 19 Jun 2017 sebelum kembali ke tanah air pada 4 Jun lalu sebagai pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Operasi Siber.

“Pegawai itu kini sedang menjalani kuarantin wajib selama 14 hari mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

TLDM memaklumkan, Ahmad Yusuf akan ditauliahkan sebagai Leftenan Muda TLDM dan akan mengikuti Kursus Kelayakan Pegawai Eksekutif di KD Sultan Idris pada September.