Orang ramai gagal patuhi 'lockdown'

Keadaan Jalan Kapayan-Kota Kinabalu yang sesak selepas pelaksanaan SOP terbaharu bahawa Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan tidak lagi dikategorikan sebagai satu daerah.
Keadaan Jalan Kapayan-Kota Kinabalu yang sesak selepas pelaksanaan SOP terbaharu bahawa Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan tidak lagi dikategorikan sebagai satu daerah.
A
A
A

KOTA KINABALU - Masih banyak kenderaan di jalan raya bukan disebabkan kegagalan penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) sebaliknya kegagalan orang ramai mematuhi Sekatan Pergerakan Penuh yang dilaksanakan di negeri ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, orang ramai dilihat masih gagal mematuhi SOP yang ditetapkan dalam usaha menangani penularan pandemik Covid-19.

"Berdasarkan arahan terbaru kerajaan negeri, tiga daerah iaitu Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan sudah tidak lagi dikategorikan sebagai satu daerah.

"Ini bererti perjalanan rentas sempadan membabitkan ketiga-tiga daerah tidak lagi dibenarkan kecuali membabitkan perkhidmatan perlu atau urusan kecemasan," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung keadaan Jalan Kapayan-Kota Kinabalu kelihatan sesak selepas pelaksanaan arahan terbaru itu.

Hazani dalam pada itu menasihatkan orang ramai supaya duduk di rumah jika tiada keperluan untuk keluar dan sentiasa mengamalkan penjarakan fizikal daripada orang sekeliling supaya dapat mengelakkan jangkitan Covid-19.

Sementara itu, tinjauan mendapati, keadaan jalan terbabit mengalami kesesakan jalan raya sehingga lebih tiga kilometer sepanjang jalan menuju ke pusat bandaraya.

Seorang pengguna jalan raya yang hanya mahu dikenali sebagai Norzam berusia 30-an berkata, dia terpaksa mengharungi kesesakan jalan raya kerana mahu membawa ibunya mendapatkan rawatan di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI).

Artikel Berkaitan:

"Jalan yang sesak hari ini begitu mengejutkan walaupun 'total lockdown' sudah dilaksanakan sejak 1 Jun lalu.

"Saya terkandas setengah jam akibat kesesakan jalan untuk membawa ibu ke hospital dan terpaksa meneruskan perjalanan," katanya.