Dakwaan GLC negeri beri vaksin kepada VIP, kawan-kawan akan disiasat

Tangkap layar status yang dimuat naik Adly berhubung dakwaan ketidak adilan dalam pemberian vaksin di negeri ini.
Tangkap layar status yang dimuat naik Adly berhubung dakwaan ketidak adilan dalam pemberian vaksin di negeri ini.
A
A
A

MELAKA - Kerajaan Melaka menafikan dakwaan daripada pembangkang bahawa berlakunya ketidaktelusan dalam pemberian vaksin melibatkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang didakwa memberi vaksin kepada 'kawan-kawan' dan golongan atasan.

Exco Kesihatan dan Antidadah, Datuk Rahmad Mariman berkata, setakat ini beliau tidak menerima sebarang laporan berhubung dakwaan itu.

"Saya tiada maklumat namun demikian saya terima teguran dan akan buat siasatan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Ketua Pembangkang negeri yang juga bekas Ketua Menteri, Adly Zahari memuat naik status di media sosial Facebook yang berharap Kerajaan Negeri Melaka menyiasat kaedah pemberian vaksin yang dilaksanakan oleh GLC negeri.

Rahmad berkata, sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat berhubung salah laku seperti itu perlu segera melaporkan kepadanya atau pihak berwajib bukannya sekadar berkongsi di media sosial.

"Kerjasama semua pihak, termasuk pembangkang amat kita perlukan untuk memastikan program vaksinasi ini berjalan dengan jayanya," kata beliau.

Sementara itu, Exco Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pembangunan Belia dan Sukan, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, pihak yang membuat dakwaan tersebut perlu memberikan bukti bahawa wujud pilih kasih dalam pemberian vaksin.

Artikel Berkaitan: