100,636 kes baharu di India, terendah dalam dua bulan

Jumlah mangsa yang mati akibat Covid-19 di India kini cecah 349,186 kes. Foto Xinhua
Jumlah mangsa yang mati akibat Covid-19 di India kini cecah 349,186 kes. Foto Xinhua
A
A
A

NEW DELHI - India mencatatkan 100,636 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 lalu, kes harian terendah sejak dua bulan kebelakangan ini, lapor Agensi Anadolu.

Jumlah keseluruhan kes sebanyak 29 juta manakala keseluruhan seramai 349,186 orang meninggal dunia dengan pertambahan 2,427 lagi kematian, menurut data Kementerian Kesihatan pada Isnin.

All India Institute of Medical Sciences (AIIMS) akan menjalankan saringan kesihatan terhadap kanak-kanak di New Delhi untuk ujian klinikal vaksin Covid-19 keluaran Bharat Biotech.

Baru-baru ini AIIMS di bandar raya Patna telah memulakan ujian klinikal ke atas kanak-kanak berusia antara 12 hingga 18 tahun.

Pakar memberi amaran gelombang ketiga diramal boleh memberi kesan besar kepada kanak-kanak.

Sementara itu, New Delhi dijadual akan mula melonggarkan sekatan Covid-19 pada Isnin.

Perkhidmatan kereta api bawah tanah akan beroperasi dengan kapasiti 50 peratus penumpang dan kedai akan dibuka secara selang seli.

New Delhi dikenakan kawalan pergerakan diperketatkan sejak 19 April untuk membendung gelombang kedua wabak. - Bernama

Artikel Berkaitan: