X

Kindly register in order to view this article
!

Tempoh reman bekas pemimpin STAR didakwa cabul dilanjutkan

Laporan Sinar Harian pada 3 Jun lalu.
A
A

KOTA KINABALU - Tahanan reman ke atas ahli politik yang didakwa mencabul salah seorang peserta Unduk Ngadau Pesta Kaamatan, disambung tiga hari, sehingga 9 Jun depan.

Difahamkan, siasatan kes membabitkan bekas pemimpin Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) itu kini membabitkan dua hingga tiga laporan polis yang dibuat terhadapnya.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, permohonan penyambungan tahanan reman sudah dibuat pasukan siasatan polis.

Katanya, ia bagi membantu siasatan berhubung suspek sebelum tindakan selanjutnya termasuk kemungkinan pendakwaan dilakukan.

“Setakat ini, kes masih disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.

“Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada 3 Jun lalu, suspek yang didakwa mencabul salah seorang peserta Unduk Ngadau Pesta Kaamatan, ditahan polis.

Lelaki terbabit ditahan di pejabatnya di Asia City, di sini, kira-kira jam 1 petang selepas satu laporan polis dibuat terhadapnya 19 Mei lalu.

Dalam laporan itu, mangsa mendakwa diraba di bahagian badan termasuk paha, belakang badan, leher serta tangannya dan mangsa turut bertindak menepis tangan suspek. - Awani

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki didakwa cabul peserta Unduk Ngadau ditahan

Polis ambil keterangan peserta Unduk Ngadau dakwa dicabul


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!