Pendaftaran vaksin Covid-19 di Pahang meningkat

Wan Rosdy Wan Ismail
Wan Rosdy Wan Ismail
A
A
A

KUANTAN - Peratusan pendaftaran penerima suntikan vaksin Covid-19 melalui aplikasi MySejahtera di Pahang mencapai 43.3 peratus atau 534,061 orang setakat ini.

Ia menunjukkan peningkatan 3.7 peratus dalam tempoh tujuh hari berbanding 39.6 peratus yang direkodkan minggu lalu.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, peningkatan peratusan individu yang mendaftarkan diri untuk suntikan vaksin itu membuktikan rakyat di Pahang menyahut rayuan dan saranan kerajaan negeri untuk berbuat demikian.

Menurutnya, peratusan itu perlu ditingkatkan lagi daripada masa ke masa sehingga mencapai sasaran 80 peratus rakyat yang mendaftar dan seterusnya menerima suntikan vaksin masing-masing.

"Saya bersyukur kerana ada peningkatan peratusan pendaftaran vaksin menerusi aplikasi MySejahtera di negeri ini," katanya melalui dalam kenyataan menerusi Facebooknya pada Isnin.

Tambah Wan Rosdy, semua pihak perlu bersama-sama menjayakan matlamat itu agar usaha membendung ancaman penularan pandemik Covid-19 berjaya.

Artikel Berkaitan: