X

Kindly register in order to view this article
!

Geng Nicky: Polis Johor teliti akaun bank

AYOB KHAN
A
A

JOHOR BAHRU - Polis Johor sedang memperkemas dan melengkapkan kertas siasatan dengan meneliti beberapa akaun bank serta akaun peribadi berkaitan Geng Nicky.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya kini sedang menunggu laporan termasuk dari Bank Negara Malaysia (BNM) dan beberapa bank lain berhubung kegiatan kumpulan jenayah terancang itu.

"Banyak lagi perkara sedang diuruskan. Geng Nicky ini bukan kecil, operasinya cukup besar dan meluas. Ia melibatkan banyak transaksi membabitkan pelbagai akaun peribadi serta akaun syarikat.

"Jadi, proses ini memakan sedikit masa untuk diperkemaskan," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, pada Isnin.

Sebelum itu pada 9 Mei lalu, Polis Johor mendedahkan terdapat petunjuk baharu ditemui hasil daripada siasatan terhadap suspek yang ditahan dipercayai terbabit dengan Geng Nicky.

Pada 9 April lalu, seramai 14 individu termasuk dua adik ahli perniagaan dalam buruan Nicky Liow Soon Hee didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas tuduhan terbabit dalam kumpulan Geng Nicky.

Nicky menjadi buruan polis selepas 68 ahlinya ditahan dalam Ops Pelican 3.0 bermula dari 20 hingga 28 Mac lalu.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!