Polis Subang Jaya gerakkan 400 anggota sepanjang PKP 3.0

Abdul Khalid memeriksa sebuah kenderaan ketika mengadakan tinjauan di SJR pematuhan SOP PKP 3.0 di Plaza Tol USJ dan Plaza Tol Putra Heights pada Isnin.
Abdul Khalid memeriksa sebuah kenderaan ketika mengadakan tinjauan di SJR pematuhan SOP PKP 3.0 di Plaza Tol USJ dan Plaza Tol Putra Heights pada Isnin.
A
A
A

SUBANG JAYA - Polis Subang Jaya menggerakkan hampir 400 anggotanya bertugas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) dilaksanakan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, jumlah itu melibatkan pelbagai fungsi termasuk penugasan sekatan jalan raya (SJR) dan rondaan pasukan pemantau prosedur operasi standard (SOP).

"Subang Jaya mempunyai dua SJR kekal iaitu di Plaza Tol USJ dan Plaza Tol Putra Heights, selain itu kita turut mempunyai pasukan yang akan mengadakan sekatan jalan raya secara bergerak yang mana ia akan diadakan secara mengejut di sesebuah lokasi di sini.

"Biarpun dalam tempoh PKP, rondaan cegah jenayah turut dijalankan dan keseluruhannya hampir 400 anggota digerakkan sepanjang pelaksanaan PKP 3.0 ini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan pematuhan SOP PKP 3.0 di Plaza Tol USJ di sini pada Isnin.

Selain SJR Plaza Tol USJ, Abd Khalid turut mengadakan tinjauan pematuhan SOP PKP 3.0 di Plaza Tol Putra Heights di sini.

Katanya, dalam tempoh PKP ini, indeks kadar jenayah berat turut mencatatkan penurunan.

"Boleh dikatakan ketika PKP ini, polis berada di mana-mana sahaja, menjalankan tugas pemantauan dan ronda cegah jenayah, keberadaan polis dengan masyarakat sentiasa pada peringkat yang tinggi.

"Sekali gus apa yang kita laksanakan ini memberi kesan positif kepada indeks jenayah, terutamanya jenayah berat yang boleh dikatakan berkurangan dengan banyaknya sepanjang PKP ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, tinjauan yang dijalankan Abdul Khalid turut menerima kedatangan Pertubuhan Sentuhan Kasih Al-Qalam yang hadir menyampaikan sumbangan berupa 500 pelitup muka dan air mineral kepada anggota yang bertugas.

Sumbangan disampaikan sendiri oleh Presidennya, Datuk Seri Baharudin Abu yang hadir di SJR Plaza Tol USJ.