Wanita pakai gelang 'pink' ke dobi layan diri dikompaun

Tangkap layar seorang wanita memakai gelang merah jambu yang tular di Facebook sehingga menimbulkan kebimbangan orang ramai.
Tangkap layar seorang wanita memakai gelang merah jambu yang tular di Facebook sehingga menimbulkan kebimbangan orang ramai.
A
A
A

JASIN - Tindakan seorang wanita yang merupakan pemakai gelang merah jambu pergi ke sebuah dobi layan diri untuk mengeringkan pakaian di bandar Jasin Ahad lalu mengundang padah apabila dia dikompaun sebanyak RM1,500.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Mispani Hamdan berkata, perbuatan wanita berusia 29 tahun itu yang berada di tempat awam disedari oleh orang awam sebelum pasukan ronda Covid-19 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin bergegas ke lokasi berkenaan selepas menerima aduan.

"Sepasukan polis bersama pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Jasin ke lokasi kira- kira jam 5.30 petang dan mendapati terdapat seorang wanita berada di dalam sebuah kereta.

"Pemeriksaan dilakukan ke atas wanita itu mendapati dia memakai gelang berwarna merah jambu dan KKM turut mengesahkan individu itu sedang menjalani kuarantin di rumah," katanya ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Mengulas lanjut, beliau berkata, polis terus mengeluarkan kompaun serta-merta mengikut Seksyen 15(1) Akta Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 kerana ingkar pemerhatian dan pengawasan kontak rapat.

Terdahulu, gambar individu berkenaan yang memakai gelang merah jambu dengan menaiki sebuah kereta Perodua Viva untuk mengeringkan pakaian di sebuah dobi layan diri tular di Facebook sehingga menimbulkan kebimbangan orang ramai.

Artikel Berkaitan: