Kes harian baharu Covid-19 turun kepada 5,271

Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Malaysia mencatatkan penurunan kes Covid-19 iaitu sebanyak 5,271 kes pada Isnin berbanding 6,241 kes pada Ahad.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak 5,257 kes melibatkan kes tempatan.

Beliau berkata, sebanyak 4,763 kes melibatkan warganegara dan 494 kes bukan warganegara.

“Kes import yang dicatatkan adalah sebanyak 14 kes membabitkan empat warganegara dan 10 bukan warganegara,” katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Dr Noor Hisham menambah, kes sembuh adalah sebanyak 7,548 kes dengan jumlah keseluruhan kes ialah 534,357.

Dalam pada itu, Noor Hisham berkata, sebanyak 902 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) manakala kes memerlukan bantuan pernafasan sebanyak 447 kes.

“Sebanyak 82 kes kematian dicatatkan pada Isnin iaitu ia melibatkan 80 warganegara dan dua bukan warganegara," ujarnya.

Tambah beliau, kes kematian melibatkan 23 kes di Selangor, Johor (17), Negeri Sembilan (11), Kuala Lumpur (lapan), Kedah (lima), Sarawak (empat), Perak (empati), Kelantan (empat), Labuan (dua) dan masing-masing satu kes di Sabah, Melaka, Terengganu dan Pulau Pinang.

Artikel Berkaitan:

Dr Noor Hisham menambah, sebanyak 84,269 melibatkan kes aktif dan 23 kluster baharu dicatatkan.

“Jumlah kluster yang tamat ialah 1,635 kluster dan jumlah kluster aktif sebanyak 726,” katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, Selangor kekal mencatatkan negeri yang tertinggi dengan 1,374 kes diikuti Sarawak (703), Negeri Sembilan (571), Kuala Lumpur (455), Johor (355) dan Kelantan (341),” katanya.

Beliau turut memberitahu, Sabah pula merekodkan 336 kes, Labuan (209), Kedah (194), Melaka (178), Perak (177), Pulau Pinang (153), Terengganu (117), Pahang (99), Putrajaya (lapan) dan Perlis (satu).