Pasang penghadang jalan halang orang luar masuk kampung

Nota amaran ditulis di papan tanda bagi menghalang kemasukan orang luar ke Kampung Gumum di Pekan. Gambar kecil: Nashita Dewi
Nota amaran ditulis di papan tanda bagi menghalang kemasukan orang luar ke Kampung Gumum di Pekan. Gambar kecil: Nashita Dewi
A
A
A

KUANTAN - Penduduk Orang Asli Kampung Gumum di Pekan memasang penghadang jalan beserta nota amaran untuk orang luar supaya tidak memasuki perkampungan mereka jika tiada urusan sebagai langkah berjaga-jaga terhadap penularan pandemik Covid-19.

Tok Batin kampung berkenaan, Awang Alok berkata, tindakan itu dilakukan bagi menjaga keselamatan penduduk daripada dijangkiti Covid-19.

"Bukan Kampung Gumum sahaja melarang orang luar datang ke kampung kami tetapi banyak lagi kampung orang asli di Pahang ambil tindakan begini.

"Lebih baik kita beringat sebelum berlakunya perkara tidak diingini memandangkan Covid-19 mudah berjangkit," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Kata Awang, terdapat kira-kira 500 penduduk orang asli menetap di Kampung Gumum dan mereka setiap hari keluar masuk bagi mendapatkan keperluan harian di Kampung Salong dan pekan Chini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Kampung Gumum, Nashita Dewi K Paramanantham berkata, sudah menjadi tanggungjawab tok batin untuk mengawal orang luar yang keluar masuk ke kampung itu sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kini Sekatan Pergerakan Penuh.

"Kami tidak keluar dari kampung kerana takut dijangkiti wabak Covid-19. Orang luar pula tidak dibenarkan masuk ke kampung ini jika tiada urusan.

"Tindakan ini bukan untuk menyusahkan sesiapa tetapi demi keselamatan penduduk di kampung ini yang terdiri daripada lebih 500 keluarga," katanya.

Artikel Berkaitan: