AC Milan tak simpan dendam

Donnarumma
Donnarumma
A
A
A

PASUKAN gergasi Serie A, AC Milan tidak menyimpan dendam terhadap Gianluigi Donnarumma selepas penjaga gol itu memutuskan untuk meninggalkan pasukan pada jendela perpindahan musim panas ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Milan, Ivan Gazidis berkata, pasukan tidak menghalang keputusan dilakukan Donnarumma itu selain menyifatkan ia bagus untuk masa depannya.

"Apa yang boleh saya katakan dia adalah pemain yang profesional dan luar biasa. Ketika kami berjaya mara ke Liga Juara-Juara ketika perlawanan terakhir Serie A menentang Atalanta, dia adalah orang yang paling gembira.

"Saya menghormati pilihannya. Dia melakukan apa yang terbaik untuknya dan ada beberapa alasan mengapa dia melakukannya. Kami tak ada masalah dengan Donnarumma atau dengan ejennya, Mino Raiola," katanya.

Keputusan Donnarumma untuk meninggalkan San Siro selepas tiada kata sepakat dapat dicapai mengenai kontrak pemain itu yang akan tamat pada 30 Jun ini.

Milan dilaporkan sudah menawarkan kenaikan gaji kepada Donnarumma namun dilaporkan bahawa kenaikan tersebut tidak mencukupi buat pemain itu sekali gus bertindak meninggalkan pasukan.

Kegagalan mencapai kata sepakat mengenai kontrak baharu itu juga ada kaitan dengan Raiola yang dikatakan menghasut Donnarumma untuk mencari kelab lain selepas gagal mendapatkan kenaikan gaji yang diingini.

Donnarumma masih mencari kelab baharu dengan Paris Saint Germain (PSG) dan Juventus dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain itu.

Artikel Berkaitan: