Maqis rampas 5,000kg makanan haiwan tiada permit import

Maqis Selangor merampas 5,000kg makanan haiwan di Pelabuhan Klang kerana gagal mengemukakan permit import Maqis, pada Sabtu.
Maqis Selangor merampas 5,000kg makanan haiwan di Pelabuhan Klang kerana gagal mengemukakan permit import Maqis, pada Sabtu.
A
A
A

PELABUHAN KLANG - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas 5,000 kilogram (kg) makanan haiwan dari Brazil tanpa Permit Import Maqis di Pelabuhan Klang Utara, di sini pada Sabtu.

Pengarah Maqis Selangor, Zamri Hashim berkata, makanan haiwan bernilai RM45,302.75 itu dirampas semasa pemeriksaan rutin pada jam 11.30 pagi ke atas sebuah kontena.

Menurutnya, semakan mendapati syarikat terbabit gagal mengemukakan sebarang dokumen Pemit Import yang sah.

"Perbuatan mengimport apa juga jenis keluaran pertanian tanpa Permit Import yang sah daripada Maqis adalah suatu kesalahan di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3) akta yang sama.

"Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Tambahnya, pihaknya akan terus komited dalam menjalankan penguatkuasaan undang-undang di semua pintu masuk negara bagi memastikan kawalan penyakit ikan, haiwan, tumbuhan dan jaminan keselamatan makanan terpelihara.

Artikel Berkaitan: