X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 03 Julai 2022

PSG tidak akan jual Mbappe

Mbappe
A
A

PARIS Saint Germain (PSG) tidak akan menjual pemain bintangnya, Kylian Mbappe walaupun beberapa kelab besar seperti Liverpool dilaporkan sedang mengejar khidmat pemain itu.

Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi berkata, PSG akan cuba sedaya upaya untuk mempertahankan penyerang utamanya itu di kelab tersebut.

"Saya nak tegaskan bahawa Mbappe akan terus kekal di PSG. Kami tidak berhasrat menjualnya selain dia tidak akan dilepaskan secara percuma ke kelab lain.

"Mbappe mempunyai segalanya yang diperlukan di sini. Ke mana dia mahu pergi? Adakah kelab lain yang mempunyai cita-cita dan impian besar seperti yang telah ditunjukkan oleh PSG," katanya.

Masa depan Mbappe di PSG terus menjadi spekulasi dengan penyerang kelahiran Perancis itu dilaporkan akan meninggalkan PSG apabila kontraknya berakhir pada Jun tahun depan.

Selain Liverpool yang berminat untuk mendapatkan Mbappe, gergasi Sepanyol Real Madrid juga sudah lama dikaitkan dengan pemain itu untuk memperkuatkan pasukan musim depan.

Dalam masa sama, Nasser juga berharap PSG dan Kylian Mbappe akan dapat segera mencapai persetujuan untuk melanjutkan kontrak.

"Apa yang saya boleh katakan semuanya berjalan baik dan saya harap kami akan dapat mencapai persetujuan mengenai kontrak baharu tersebut.

"Ini adalah Perancis iaitu negara kelahirannya. Dia mempunyai misi bukan hanya untuk bermain bola sepak tetapi juga mempromosikan Ligue 1, negaranya, dan ibu kotanya," katanya.

Mbappe tampil cemerlang bersama PSG musim lalu dengan mencetak 42 gol dalam 47 penampilan walaupun gagal membantu pasukan menjuarai Ligue 1 dan Liga Juara-Juara.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!