Lebih 2.12 bilion vaksin Covid-19 sudah disuntik di seluruh dunia

No Image Caption
A
A
A

ANKARA - Lebih 2.12 bilion vaksin Covid-19 sudah diberikan sehingga kini di seluruh dunia, lapor Agensi Anadolu memetik Our World in Data pada Ahad.

China mendahului dengan lebih 763.07 juta suntikan diikuti Amerika Syarikat (AS) sebanyak 300.27 juta.

India pula telah menyuntik 225.57 juta dos vaksin, Brazil (71.43 juta), United Kingdom (67.28 juta), Jerman (54.24 juta), Perancis (39.57 juta), Itali (37.67 juta), Mexico (34.46 juta) dan Rusia (30.61 juta).

Turki di kedudukan ke-11 dengan lebih 30.58 juta dos telah diberikan, diikuti Sepanyol, Indonesia dan Kanada.

Negara dengan jumlah dos paling banyak diberikan berdasarkan jumlah populasi ialah Seychelles, negara di kepulauan Afrika timur, dengan 136.74 dos per 100 orang.

Sebilangan besar vaksin Covid-19 diberikan dalam dua dos, oleh itu jumlah suntikan tidak sama dengan jumlah individu yang sudah lengkap menerima kedua-dua dos.

Sejak Disember 2019, wabak itu telah meragut lebih 3.72 juta nyawa di 192 negara dan wilayah, menyaksikan lebih 173.05 juta kes dilaporkan di seluruh dunia, menurut Universiti Johns Hopkins.

AS, India dan Brazil kekal negara paling teruk terjejas daripada segi jumlah jangkitan dan kematian. - Bernama

Artikel Berkaitan: