X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 27 Oktober 2021

'Diharap Seri Paduka Adinda sentiasa bersabar dalam menjalankan tugas'

Sultan Sharafuddin (kanan) bersama Al-Sultan Abdullah. - Foto FB Selangor Royal Office
A
A

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin pada Ahad menzahirkan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Warga Istana Negara sembah tahniah sempena Hari Keputeraan Agong

ARTIKEL BERKAITAN: PM sembah tahniah sempena Hari Keputeraan Agong

Istana Alam Shah menerusi hantaran di laman Facebook ‘Selangor Royal Office’ pada Ahad menyatakan baginda berdua turut mendoakan Al-Sultan Abdullah dilanjutkan usia, sihat walafiat dan sentiasa berada dalam pemeliharaan ALLAH.

Baginda berdua juga berharap agar Al-Sultan Abdullah berterusan memerintah negara dengan adil dan bijaksana berdasarkan perlembagaan negara.

ARTIKEL BERKAITAN: ARTIKEL BERKAITAN:Agong tunjang negara depani tri-krisis

“Melihat kepada situasi semasa ketika ini, Paduka Kekanda juga berharap Seri Paduka Adinda sentiasa bersabar dalam menjalankan tugas yang diamanahkan, berlandaskan agama Islam seperti firman-firman ALLAH dalam al-Quran iaitu ayat 24, Surah As-Sajdah dan ayat 39, Surah Qaaf.

“Semoga Seri Paduka Adinda terus bersemayam di atas singgahsana takhta kerajaan Malaysia dengan beroleh kemuliaan dan kesejahteraannya,” menurut hantaran itu. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Ingat dibantu polis, rupanya Yang di-Pertuan Agong

ARTIKEL BERKAITAN: Bangga berkhidmat untuk Agong berjiwa rakyat


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!