X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: India longgar sekatan selepas kes menurun

Saintis memberi amaran gelombang ketiga akibat Covid-19 akan melanda India pada akhir tahun ini. - Foto ETX Studio
A
A

INDIA melaporkan 114,460 kes jangkitan baharu koronavirus pada Ahad, yang terendah dalam tempoh dua bulan.

Pada masa sama, jumlah kematian akibat Covid-19 meningkat sebanyak 2,677 kes, ketika beberapa bahagian negara itu bersedia untuk melonggarkan sekatan pergerakan.

India mempunyai jangkitan koronavirus kedua terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat dengan jumlah kumulatif kes sebanyak 28.8 juta.

Negara itu turut mengalami 346,759 kematian akibat virus itu.

Gelombang kedua koronavirus telah melanda kawasan pedalaman di negara itu, dan ia masih belum reda.

New Delhi dan bandar-bandar lain berusaha untuk membolehkan lebih banyak perniagaan beroperasi dan peraturan pergerakan dilonggarkan bermula Isnin.

Negeri terkaya di India, Maharashtra, antara yang paling teruk terjejas ketika gelombang kedua dan merancang untuk melonggarkan sekatan secara perlahan-lahan pada minggu ini.

Saintis memberi amaran gelombang ketiga akibat Covid-19 akan melanda India pada akhir tahun ini dan kemungkinan akan memberi lebih kesan kepada kanak-kanak.

Walaupun negara itu telah meningkatkan keupayaan vaksinasi dalam beberapa minggu terakhir, majoriti penduduk dari 1.3 bilion populasi itu masih belum divaksinasi. - Awani


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!