Putera Harry dan Meghan umum kelahiran cahaya mata kedua, Lilibet

Harry dan Meghan memaklumkan nama Lilibet diambil sempena nama panggilan manja keluarga untuk Ratu Elizabeth. - Foto Reuters
Harry dan Meghan memaklumkan nama Lilibet diambil sempena nama panggilan manja keluarga untuk Ratu Elizabeth. - Foto Reuters
A
A
A

CALIFORNIA - Duke dan Duchess Sussex, Putera Harry dan Meghan Markle mengumumkan kelahiran anak kedua mereka, seorang bayi perempuan.

Bayi yang diberi nama Lilibet 'Lili' Diana Mountbatten-Windsor itu dilahirkan pada pagi Jumaat di sebuah hospital di Santa Barbara, California.

Lilibet dilahirkan pada pukul 11:40 pagi waktu tempatan.

Ibu dan bayi berada dalam keadaan sihat, kata pasangan itu dalam satu kenyataan.

"Ratu, Putera Wales dan Duchess of Cornwall, dan Duke dan Duchess of Cambridge telah dimaklumkan dan gembira dengan berita itu," kata Istana Buckingham.

Harry dan Meghan memaklumkan nama Lilibet diambil sempena nama panggilan manja keluarga untuk Ratu Elizabeth.

Manakala nama tengahnya, Diana, dipilih sebagai menghormati "nenek yang sangat disayangi", Puteri Wales, kata kenyataan itu.

Lilibet adalah cicit Ratu ke-11 dan berada di tempat kelapan dalam senarai perwarisan takhta. Ini bermakna anak kedua Ratu, Putera Andrew, terpaksa turun ke tempat kesembilan dalam senarai berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Harry dan Meghan sudah mempunyai seorang anak lelaki, Archie Harrison, 2 tahun. - Awani