Warga Istana Negara sembah tahniah sempena Hari Keputeraan Agong

Warga Istana Negara merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda, pada Isnin. - Foto FB Istana Negara
Warga Istana Negara merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda, pada Isnin. - Foto FB Istana Negara
A
A
A

KUALA LUMPUR - Warga Istana Negara merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda, pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: PM sembah tahniah sempena Hari Keputeraan Agong

Warga Istana Negara melalui hantaran di Facebook mendoakan Seri Paduka Baginda sentiasa dilimpahi keberkatan bersemayam di atas Singgahsana Takhta Pemerintahan dengan penuh kebesaran, kedaulatan dan kesejahteraan.

Turut didoakan semoga Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta putera-putera, puteri-puteri dan kaum kerabat Seri Paduka Baginda berdua sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah, dilanjutkan usia dan berada dalam keadaan sihat walafiat.

ARTIKEL BERKAITAN: Permaisuri memasak dari satu kampung ke satu kampung

"Dirgahayu Tuanku, Daulat Tuanku,” kata kenyataan itu.

Sebelum ini dilaporkan bahawa Yang di-Pertuan Agong berkenan menangguhkan semua acara sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi itu ke satu tarikh yang lain setelah mengambil kira faktor keselamatan, kesihatan dan demi melindungi nyawa rakyat ekoran pandemik Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN:Agong tunjang negara depani tri-krisis

Artikel Berkaitan:

Turut merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah KDYMM Seri Paduka Baginda, adalah Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di Facebook beliau pada malam Ahad. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Ingat dibantu polis, rupanya Yang di-Pertuan Agong

ARTIKEL BERKAITAN: Kari kepala ikan kegemaran Seri Paduka Baginda