Pemandu kren ditemui mati selepas bertengkar

Pasukan polis melakukan siasatan dilokasi kejadian.
Pasukan polis melakukan siasatan dilokasi kejadian.
A
A
A

NIBONG TEBAL - Seorang pemandu kren ditemui maut di kawasan tempat letak motosikal sebuah flat di Taman Idaman, Simpang Ampat di sini, pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Superintendan Lee Chong Chern berkata, kejadian itu disedari seorang penghuni flat kira-kira jam 10.30 pagi ketika sedang membuang sampah.

"Berdasarkan keterangan beberapa penduduk, mereka ternampak sekumpulan lelaki tidak dikenali dan bukan penduduk di kawasan itu berkumpul dan bertengkar pada jam 8 pagi.

"Bagaimanapun, pemeriksaan pada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran lokasi kejadian tidak nampak mangsa dipukul," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Mangsa yang ditemui maut di kawasan tempat letak motosikal sebuah flat di Taman Idaman, Simpang Ampat di sini, pagi Ahad.
Mangsa yang ditemui maut di kawasan tempat letak motosikal sebuah flat di Taman Idaman, Simpang Ampat di sini, pagi Ahad.

Chong Chern berkata, sepasukan petugas perubatan dari Hospital Sungai Bakap (HSB) bergegas ke lokasi kejadian dan hasil pemeriksaan dilakukan mendapati mangsa yang berusia 45 tahun itu sudah meninggal dunia.

Katanya, pemeriksaan awal mendapati kesan luka di celah jari kelengkeng dan jari telunjuk tangan kiri mangsa selain kecederaan di rusuk kirinya.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk proses dibedah siasat esok (Isnin).

Artikel Berkaitan:

"Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sebelum bedah siasat dilakukan," katanya.