Bangunan IPK Pahang terbakar

Aras tiga bangunan IPK Pahang yang terbakar. Foto: Ihsan polis
Aras tiga bangunan IPK Pahang yang terbakar. Foto: Ihsan polis
A
A
A

KUANTAN - Satu insiden kebakaran dilaporkan berlaku di aras tiga bangunan Ibu Pejabat Kontinjen Pahang (IPK) kira-kira jam 4.15 petang Ahad.

Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri bagaimanapun berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Menurutnya, kejadian itu disedari anggota yang bertugas dan segera menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang.

Sepasukan bomba memadamkan kebakaran di aras tiga bangunan
Sepasukan bomba memadamkan kebakaran di aras tiga bangunan

"Anggota bomba dengan kekuatan empat jentera, satu unit Emergency Medical Rescue Services (EMERS) dan Unit Forensik bertindak pantas memadamkan kebakaran. Operasi tamat kira-kira 6.05 petang," katanya pada Ahad.

Beliau menjelaskan punca kebakaran masih disiasat.

Artikel Berkaitan: