Empat penjawat awam antara dicekup mahu anjur 'private party'

Empat penjawat awam antara 32 individu ditahan dalam serbuan di dua buah bilik hotel di Jalan Pinang di sini pada awal pagi Ahad.
Empat penjawat awam antara 32 individu ditahan dalam serbuan di dua buah bilik hotel di Jalan Pinang di sini pada awal pagi Ahad.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Empat penjawat awam antara 32 individu ditahan selepas dipercayai ingin mengadakan 'private party' dalam serbuan melibatkan dua bilik hotel di Jalan Pinang di sini pada awal pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, dalam serbuan kira-kira jam 2 pagi itu, seramai 20 individu warga tempatan termasuk empat daripadanya penjawat awam serta lapan warga asing diberkas.

"Kesemua mereka yang ditahan berumur antara 20 dan 40 tahun. Pemeriksaan dijalankan turut menemukan satu peket dadah jenis ketamin.

"Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) serta Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Katanya, kes juga disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Siasatan yang dijalankan mendapati bilik hotel berkenaan disewa antara RM500 dan RM700," katanya.

Artikel Berkaitan: