X

Kindly register in order to view this article
!

11 lokaliti di Pahang, Sabah kena PKPD

Ismail Sabri
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 11 lokaliti di Pahang dan Sabah.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, terdapat enam lokaliti di Sabah dikenakan PKPD iaitu Kampung Ongkilan, Kota Marudu; Kampung Bolong Baru, Tuaran dan Kampung Bergosong, Pulau Sebatik, Tawau.

Beliau berkata, turut dikenakan PKPD ialah dua lokaliti di Nabawan, Sabah melibatkan Kampung Pulutan dan Kg. Murni C, serta dua kawasan perkampungan di Kota Belud, Sabah iaitu Kampung Tamalang dan Kampung Tuguson.

Di Pahang pula, katanya, PKPD membabitkan Kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan serta tiga lokaliti di Jaya Gading, Kuantan iaitu Kampung Jaya Gading, sebahagian Kampung Seri Damai, Bandar Baru Jaya Gading.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PKPD di lokaliti-lokaliti seperti yang dinyatakan bermula dari 8 Jun sehingga 21 Jun 2021.

“Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjalankan pengesanan awal kes bagi tujuan pengasingan serta melaksanakan saringan bagi kontak rapat,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di tujuh mukim di daerah Kuantan, Pahang serta Taman Abaka, Ladang Table, Tawau, Sabah pada Isnin seperti yang dijadualkan.

“Ketujuh-tujuh mukim tersebut ialah Mukim Beserah, Mukim Kuala Kuantan 1, Mukim Kuala Kuantan 2, Mukim Penor, Mukim Sungai Karang, Mukim Ulu Kuantan dan Mukim Ulu Lepar,” ujarnya.

Tambahnya, KKM juga mengesahkan berlaku penurunan kes di beberapa lokaliti dengan kluster adalah terkawal manakala semua kes positif telah menerima rawatan.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!