Jangan takut, Pasar Tasek Raja sudah bebas Covid-19

Keadaan lengang di Pasar Tasek Raja walaupun kembali beroperasi pada Ahad selepas ditutup kerana terdapat kes positif Covid-19. Gambar kecil: Hazmi
Keadaan lengang di Pasar Tasek Raja walaupun kembali beroperasi pada Ahad selepas ditutup kerana terdapat kes positif Covid-19. Gambar kecil: Hazmi
A
A
A

PASIR MAS - Orang ramai tidak perlu takut untuk mendapatkan barangan keperluan harian di Pasar Tasek Raja, di sini yang kembali beroperasi pada Ahad.

Pasar berkenaan yang ditutup pada pada 22 Mei lalu selepas didapati terdapat kes positif Covid-19 dibenarkan pembukaan semula oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Yang Dipertua Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM), Hazmi Abdul Hamid berkata, semua peniaga dan pekerja yang berdaftar di pasar itu sudah menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum dibenarkan beroperasi.

"MDPM telah mengambil langkah terbaik dalam usaha mencegah penularan jangkitan dengan memperketatkan lagi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) seperti yang diarahkan oleh kerajaan," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Menurutnya, MDPM berharap orang ramai termasuk peniaga dapat mengikuti SOP sepanjang melakukan urus niaga di pasar itu dalam usaha memutuskan jangkitan Covid-19 terutama di pasar berkenaan.

Tambah Hazmi, MDPM juga akan berbincang dengan persatuan peniaga dalam usaha memantapkan lagi SOP di Pasar Tasek Raja.

Pada 25 Mei lalu, jangkitan Covid-19 dikesan menyerang Pasar Tasek Raja di bawah kluster tempat kerja yang melibatkan 34 individu dikesan positif penyakit berkenaan dan 592 orang telah disaring.

Artikel Berkaitan: