Liputan negeri pembangkang: Tiada arahan kepada RTM

Gobind Singh Deo - Foto Bernama
Gobind Singh Deo - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo menegaskan kementerian tidak mengeluarkan sebarang arahan atau panduan kepada Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam membuat liputan di negeri-negeri di bawah pemerintahan pembangkang.

Menurut Gobind, beliau juga tidak pernah memberi arahan sedemikian kepada RTM dan meminta RTM memberikan penjelasan berhubung perkara itu.

"Ini bukan arahan dikeluarkan kementerian atau saya, saya dimaklumkan bahawa ini adalah hasil perbincangan dalaman RTM sahaja di peringkat negeri-negeri berkaitan. Itu respons saya terhadap apa yang disebut bekas perdana menteri dalam Facebook beliau," katanya dalam sidang media selepas program Jom Bersama Menteri di Telekom Malaysia Berhad (TM), di sini.

Beliau diminta mengulas catatan Facebook bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mendakwa terdapat panduan berhubung kandungan liputan dan siaran bagi negeri-negeri di bawah pentadbiran pembangkang, sekali gus mendakwa tiada kebebasan media di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Bekas perdana menteri itu turut mengepilkan arahan-arahan terperinci itu.

Menurut Gobind, beliau dimaklumkan arahan itu dibuat hasil perbincangan dalaman RTM sahaja di peringkat negeri-negeri berkaitan.

Beliau akan mengeluarkan kenyataan media berhubung perkara itu selepas mendapatkan penjelasan daripada pihak terlibat.

Menurut Gobind, beliau dimaklumkan arahan itu dibuat hasil perbincangan dalaman RTM sahaja di peringkat negeri-negeri berkaitan.

Artikel Berkaitan:

Beliau akan mengeluarkan kenyataan media berhubung perkara itu selepas mendapatkan penjelasan daripada pihak terlibat.

Sementara itu, beliau berkata kementerian sedang mengadakan perbincangan dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk menyediakan kemudahan jalur lebar bagi projek-projek perumahan baharu.

Kementerian juga akan mencadangkan kepada kerajaan agar kemudahan jalur lebar dimasukkan di bawah senarai utiliti sebagaimana bekalan elektrik dan air.

Ketika berucap pada majlis berkenaan, Gobind berkata beliau perlu memberi pengiktirafan kepada Telekom Malaysia Berhad (TM) kerana telah menyahut cabaran menerajui ‘convergence’ (pertumpuan) dan menyampaikan aspirasi digital.

"Kumpulan TM memikul tanggungjawab yang besar dan agak unik, bukan sahaja sebagai peneraju convergence tetapi juga sebagai rakan kongsi pembangunan negara dalam membina ekonomi digital.

"Dalam memanfaatkan sambungan global yang meluas, infrastruktur rangkaian dan himpunan kepakaran, TM berada dalam kedudukan yang baik untuk melonjakkan Malaysia sebagai hab Internet serantau dan gerbang digital bagi Asia Tenggara," katanya.

Selaras dengan agenda Customer Centricity Kumpulan TM yang memfokuskan pada kepentingan pelanggan sejak tahun lepas, Gobind turut menyampaikan Anugerah HERO 2018 kepada tiga kategori pemenang - Barisan Hadapan, Wira yang Tidak Didendang dan Anugerah Khas.

Anugerah itu diberikan kepada warga TM yang layak, yang dipilih berdasarkan sumbangan besar mereka dalam memberi khidmat terbaik kepada pelanggan TM. - Bernama