Wabak LSD: Maqis ketat kawalan pintu sempadan

Kulit lembu yang dijangkiti penyakit LSD akan mempunyai ketulan.
Kulit lembu yang dijangkiti penyakit LSD akan mempunyai ketulan.
A
A
A

MELAKA - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) akan memperketatkan kawalan di pintu masuk sempadan bagi mengelakkan kemasukan lembu dari luar negara dalam usaha mencegah penularan penyakit kulit kental atau Lumpy Skin Disease (LSD) yang menjangkiti haiwan ternakan.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan l, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, langkah awal itu bagi membendung penyakit berkenaan yang kini dikesan di dua negeri iaitu Perak dan Selangor.

Menurutnya, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) juga diarahkan kerap melaksanakan pengawasan dan pemantauan rapi selain melaporkan segera kepada kementerian jika terdapat jangkitan di mana-mana negeri.

"Penyakit itu kini telah merebak di seluruh Asia terutama India, Bangladesh, China, Nepal serta beberapa negara lain.

"Lembu yang dibawa masuk dari luar negara mesti disaring dan dikuarantin terlebih dahulu bagi memastikan ternakan itu bebas daripada sebarang penyakit. Ladang ternakan yang dikesan terdapat penyakit LSD diminta mengasingkan haiwan ternakan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan buah-buahan dan bantuan selimut di bawah Program MAFI Prihatin di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MiTC) di Ayer Keroh di sini pada Ahad.

Hadir sama, Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Malaysia, Datuk Zainal Abidin Yang Razalli.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Parlimen Jasin berkata, kementeriannya turut menyarankan semua penternak lembu di negara ini mengguna pakai kaedah pengasapan di ladang ternakan bagi mengelak jangkitan LSD daripada terus merebak.

Artikel Berkaitan:

"Pemilik ladang perlu menitikberatkan sistem penjagaan rapi dengan mengutamakan kebersihan di kawasan ladang dengan pemantauan berterusan JPV," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN Penyakit kulit serang lembu, kerbau di Perak

Wabak LSD pada lembu mula serang Selangor