Kes harian baharu Covid-19 turun kepada 6,241

Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham
A
A
A

SHAH ALAM - Jumlah kes harian baharu Covid-19 di negara ini mencatatkan penurunan pada Ahad apabila sebanyak 6,241 kes dilaporkan berbanding 7,452 kes pada Sabtu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka terbaharu direkodkan itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia sebanyak 616,815 kes.

"Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi dengan 2,178 kes diikuti Sarawak (600), Johor (565), Negeri Sembilan (556) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (415)," katanya menerusi hantaran di Facebook beliau.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: