Mangsa dera stabil: Polis

Sinar Harian sebelum ini melaporkan pasangan suami isteri ditahan polis jam 4.10 petang Jumaat selepas disyaki mendera seorang kanak-kanak.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan pasangan suami isteri ditahan polis jam 4.10 petang Jumaat selepas disyaki mendera seorang kanak-kanak.
A
A
A

JEMPOL - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang disyaki didera dalam kejadian di Felda Raja Alias di sini pada Jumaat lepas dilaporkan stabil.

Ketua Polis daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, mangsa yang masih menerima rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah diletakkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Jempol.

Menurut beliau, pasangan suami isteri berusia 34 dan 35 yang didakwa mendera kanak-kanak itu direman empat hari sehingga Selasa ini.

"Kedua-duanya direman bagi membolehkan polis menjalankan siasatan terperinci mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Sepasang suami isteri ditahan disyaki dera kanak-kanak

Sinar Harian sebelum ini melaporkan pasangan suami isteri ditahan polis jam 4.10 petang Jumaat selepas disyaki mendera seorang kanak-kanak.

Mangsa merupakan adik kepada suspek lelaki yang tinggal bersama pasangan suami isteri itu selepas kedua ibu bapanya meninggal dunia.

Artikel Berkaitan: