Ditahan polis ketika leka main mahjung

Seorang wanita warga Myanmar antara yang ditahan ketika serbuan di sebuah rumah di Taman Resak Changlun di sini pada Sabtu.
Seorang wanita warga Myanmar antara yang ditahan ketika serbuan di sebuah rumah di Taman Resak Changlun di sini pada Sabtu.
A
A
A

KUBANG PASU - Sekumpulan individu termasuk warga emas ditahan ketika sedang leka bermain mahjung dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Resak Changlun di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan, berkata, turut ditahan dalam kumpulan 14 individu berusia antara 24 hingga 73 tahun itu ialah empat wanita termasuk seorang warga Myanmar.

Rodzi memberitahu, serbuan dilakukan pada jam 4 petang selepas intipan dan risikan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu bersama anggota Balai Polis Changlun.

"Salah seorang daripada mereka mendakwa bosan duduk di rumah lalu menyertai aktiviti perjudian itu," katanya menerusi suatu kenyataan di sini pada Ahad.

Antara 14 individu termasuk warga emas yang ditahan polis ketika leka bermain mahjong di sebuah rumah di Taman Resak Changlun di sini pada Sabtu
Antara 14 individu termasuk warga emas yang ditahan polis ketika leka bermain mahjong di sebuah rumah di Taman Resak Changlun di sini pada Sabtu

Menurutnya, rumah tersebut dipercayai milik salah seorang daripada mereka yang ditahan dan dijadikan lokasi perjudian dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 kerana kedudukannya dikelilingi pagar zink dan tembok batu.

"Melalui serbuan itu, polis merampas pelbagai barang yang disyaki digunakan untuk aktiviti perjudian itu termasuk wang tunai untuk pertaruhan," katanya.

Tambah Rodzi, kesemua mereka direman dua hari bermula Ahad.

Artikel Berkaitan:

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 serta Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) 2020 kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKP," katanya.