X

Kindly register in order to view this article
!

'Sekarang bukan masa bincang logo parti'

Anthony Loke
A
A

SEREMBAN - Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook berpendapat sekarang bukan masa yang sesuai bagi membincangkan isu penggunaan logo untuk Pilihan Raya Mmum ke-15 (PRU15), sebaliknya fokus perlu diletakkan sepenuhnya ke arah membantu rakyat.

Menurutnya, perkara itu telah dibincangkan secara terperinci dalam pemukiman Pakatan Harapan (PH) pada April lalu dan semua parti komponen PH sudah mencapai persefahaman umum mengenainya.

"Tidak perlulah mana-mana pihak mengungkit perkara ini secara terbuka selain bertelagah antara satu sama lain, ia tidak akan kemana-mana.

“Apabila tiba masanya, Majlis Presiden PH akan membuat keputusan bersama dalam perkara ini. Soal strategi pilihan raya dan logo apa yang paling 'winnable' boleh dibincangkan kemudian hari," katanya menerusi kenyataan dalam Facebooknya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas cadangan Ketua Angkatan Muda Keadilan Nasional, Akmal Nasrullah Md Nasir pada Sabtu untuk menggunakan logo PKR bagi mewakili PH dalam PRU15, sekali gus menggembleng kekuatan dan mengembalikan keyakinan rakyat kepada PH.

Anthony yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata, pada masa ini, pemimpin PH perlu memainkan peranan supaya setiap rakyat memperoleh vaksin dengan segera dan memastikan lebih banyak pusat pemberian vaksin (PPV) dibuka selain menyelesaikan isu pengangkutan ke PPV. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!