Mesej KPN minta masyarakat lapor penghasut antivaksin palsu

PDRM menafikan mesej tular di media sosial pada Ahad dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara.
PDRM menafikan mesej tular di media sosial pada Ahad dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara.
A
A
A

SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan mesej tular bertajuk 'Sila laporkan penghasut anti vaksin" dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.

Mesej yang tular di media sosial pada Ahad itu meminta orang ramai melaporkan penghasut anti vaksin melalui portal https://ereporting.rmp.gov.my/register.aspx.

Superintendan Komunikasi Korporat Urusetia Ketua Polis Negara (KPN) Superintendan Skandaguru Anandan bagaimanapun berkata, maklumat berkenaan palsu dan portal e-reporting yang dinyatakan itu merupakan perkhidmatan projek rintis PDRM di beberapa lokasi khusus untuk orang awam membuat laporan polis secara dalam talian.

"Portal itu hanya kes yang tidak melibatkan jenayah atau tidak memerlukan siasatan lanjut," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Beliau turut menasihatkan masyarakat tidak menyebarkan mesej palsu itu dan jangan terpedaya dengan maklumat yang tidak disahkan.

"Jika timbul sebarang keraguan, pertanyaan boleh disalurkan kepada PDRM melalui Facebook rasmi PDRM di pautan https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/ atau lain-lain media sosial rasmi PDRM," katanya.

Pada Ahad, tular di media sosial termasuk Facebook mengenai mesej yang didakwa disampaikan oleh Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani mengenai masyarakat diminta melaporkan penghasut anti vaksin melalui portal https://ereporting.rmp.gov.my/register.aspx.

Artikel Berkaitan: