Polis cari dua lelaki bantu siasatan kes bunuh

Dari kiri: Aung Soe Lwin diburu polis bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh di Taman Wangsa Permai, Gombak, 20 Januari lalu. Gambar kanan: Vijaya Kumar dicari polis bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh di Serendah, 30 Julai tahun lalu.
Dari kiri: Aung Soe Lwin diburu polis bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh di Taman Wangsa Permai, Gombak, 20 Januari lalu. Gambar kanan: Vijaya Kumar dicari polis bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh di Serendah, 30 Julai tahun lalu.
A
A
A

GOMBAK - Polis mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung dua kes bunuh di daerah Gombak.

Ketua Polis Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, bagi kes bunuh di hadapan kilang Shini Lee Machinery Sdn. Bhd, Gombak, pada 30 Julai tahun lalu, Vijaya Kumar Youvan, 30, dan beralamat di No. 11A, Jalan Garing Permai 4, Garing Permai, Serendah, Selangor dicari bagi membantu siasatan.

"Sebelum ini kita telah menahan tiga lelaki dan dua perempuan untuk membantu siasatan dan sedang mengesan lelaki terbabit yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan tersebut," katanya ketika ditemui pada sidang media di Ibu pejabat Polis Daerah Gombak, di sini, hari ini.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan I Agilan di talian 019-5230801.

Dalam kes berlainan, polis turut mengesan seorang lagi lelaki warganegara Myanmar juga bagi membantu siasatan kes pembunuhan lelaki warganegara Nepal di sebuah apartment di Taman Wangsa Permai, Gombak, pada 20 Januari lalu.

Katanya, lelaki itu dikenali dengan nama Aung Soe Lwin, 41, dan nombor pasport MC310488.

"Sesiapa yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan pegawai penyiasat, Asisten Superintenden P Visvanathan ditalian 019-4718571," katanya.

Tambahnya, kedua-dua kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: