Proses urusan pajakan feri Pulau Pinang sedang dimuktamadkan

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

GEORGE TOWN - Feri Pulau Pinang yang kini dalam proses dimuktamadkan urusan pajakannya oleh Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) kepada pembida berjaya, kini ditempatkan di limbungan Bagan Dalam.

Dalam satu kenyataan pada Ahad, Pengerusi SPPP Datuk Tan Teik Cheng berkata, kenyataan beberapa pihak di laman sosial yang menyatakan bahawa Feri Pulau Pinang adalah terbiar tanpa perancangan, adalah tidak benar.

“Feri Pulau Pinang tidak lagi boleh digunakan sebagai medium pengangkutan, setelah mengambil kira faktor keupayaan feri tersebut pada masa kini untuk membawa penumpang atau kenderaan.

“Oleh itu, pajakan Feri Pulau Pinang bertujuan untuk menjadikan feri tersebut sebagai muzium, selari dengan hasrat untuk memelihara warisan Pulau Pinang dan ia akan ditempatkan di Tanjung City Marina kelak,” katanya.

Katanya, terdapat beberapa kebocoran yang menyebabkan bilik enjin dipenuhi air dan menjurus kepada kecondongan feri itu memandangkan keadaan Feri Pulau Pinang yang uzur, walau bagaimanapun usaha mengepam keluar air dari bilik enjin telah dilaksanakan, bagi memberi laluan kepada kerja-kerja membaik pulih. - Bernama

Artikel Berkaitan: