X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

Tiga ahli Geng Koyo terlibat kes pecah rumah diberkas

Beng Yeow
A
A

KULAI - Tiga ahli Geng Koyo yang terlibat kegiatan pecah rumah di Kulai diberkas polis dalam serbuan pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, pihaknya terlebih dahulu menahan seorang lelaki berusia 28 tahun di Jalan Matahari Kulai, jam 2.45 pagi pada Sabtu susulan menerima panggilan telefon kira-kira jam 2.40 pagi daripada seorang lelaki memberitahu rumah milik jirannya di Jalan Matahari Indahpura, Kulai dimasuki orang tidak dikenali.

"Bertindak atas maklumat tersebut, sepasukan anggota polis ke lokasi kejadian dan berjaya menangkap seorang suspek berusia 28 tahun. Suspek berkenaan memandu arah polis di sekitar Kulai untuk menahan dua lagi rakan sejenayahnya menerusi tiga serbuan.

"Dua rakan suspek berusia 22 tahun berjaya ditahan. Barang- barang dipercayai hasil kegiatan pecah rumah turut dirampas. Ketiga- tiga suspek mengaku terlibat dalam lima kes pecah rumah di Kulai. Mereka didapati positif dan mempunyai rekod berkaitan penyalahgunaan dadah serta jenayah lampau," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Tambahnya, polis sedang giat memburu rakan sejenayah suspek yang masih bebas.

"Kesemua suspek direman enam hari sehingga Khamis ini. Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!