Bale bincang masa depan di Real Madrid

Bale
Bale
A
A
A

PENYERANG Wales, Gareth Bale bakal mengadakan perbincangan dengan pengendali baharu Real Madrid, Carlo Ancelotti bagi membincangkan masa depannya bersama gergasi La Liga itu.

Bagaimanapun menurut Bale, dia menjangkakan perbincangan bersama pengendali kelahiran Itali itu akan diadakan setelah kejohanan Euro 2020 melabuhkan tirainya kelak.

“Saya sedia maklum mengenai kepulangan Ancelotti ke Santiago Bernabeu dan saya akan menemuinya bagi membincangkan mengenai masa depan saya di kelab ini.

“Ada beberapa perkara penting yang akan saya kemukakan pada Ancelotti pada pada perbincangan itu nanti terutamanya mengenai khidmat saya.

“Bagaimanapun, perbincangan berkenaan dijangka akan dibuat sebaik sahaja Euro 2020 berakhir kelak,” katanya.

Untuk rekod, Bale sebelum ini dipinjamkan Tottenham Hotspur bagi membantu skuad The Lilywhites itu dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), musim lalu.

Justeru, kepulangan penyerang berusia 31 tahun itu ke Santiago Bernabeu telah menimbulkan spekulasi berikutan tempoh kontraknya yang hanya berbaki selama setahun dengan skuad Los Blancos itu.

Mengulas mengenai kehadiran Ancelotti bersama Real Madrid, Bale menegaskan hubungannya dengan bekas pengenali Everton itu sememangnya dalam keadaan baik selama ini.

Artikel Berkaitan:

Malah katanya, dia sempat merasai nikmat menjulang trofi Liga Juara-Juara pada musim 2014 lalu di bawah kendalian Ancelotti.

“Saya menyertai Real Madrid pada 2013 yang ketika itu berada di bawah kendalian Ancelotti. Setahun kemudian kami menjuarai Liga Juara-Juara.

“Secara peribadi, saya melihat Ancelotti sebagai seorang jurulatih yang hebat dan saya yakin dengan kemampuannya untuk membantu Real Madrid kembali ke landasan kejayaan,” katanya.