Dadah: Peniaga kebab ditahan

Noorzainy menunjukkan antara dadah yang dirampas dalam tangkapan kedua suspek.
Noorzainy menunjukkan antara dadah yang dirampas dalam tangkapan kedua suspek.
A
A
A

KEPALA BATAS - Sindiket pengedaran dadah antaranya didalangi oleh peniaga kebab tumpas berjaya dihidu polis Seberang Perai Utara (SPU).

Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, suspek yang merupakan warga tempatan berumur 30 tahun ditahan di dapur sebuah rumah di Kampung Permatang Tinggi B, di sini.

"Hasil pemeriksaan di atas lantai dalam bilik tersebut telah menjumpai satu paket plastik lutsinar berisi tumbuhan kering dipercayai dadah jenis ganja.

"Pemeriksaan selanjutnya telah menjumpai satu beg berzip warna hitam yang diletakkan di atas lantai bahagian luar rumah dipeecayai ganja.

"Dadah jenis ganja ini dipercayai dijual di sekitar Seberang Perai," katanya.

Jelasnya, ujian saringan awal air kencing ke atas suspek dapati positif dadah.

Dalam pada itu, susulan daripada kejadian itu polis kemudiannya menahan seorang lagi suspek berumur 48 tahun kira-kira jam 7 petang dekat Taman Bertam Indah di sini.

"Pemeriksaan yang dijalankan ke atas rumah yang didiami suspek kedua menemui peralatan membungkus dadah bersama puluhan pek kecil tumbuhan kering dipercayai ganja.

Artikel Berkaitan:

“Suspek dipercayai membeli bekalan secara pukal dan membungkusnya semula dalam pek kecil sebelum dijual kepada pengedar serta penagih di sekitar daerah yang mana bergerak aktif sejak tiga bulan lalu," katanya.

Jelasnya lagi, siasatan dijalankan mendapati kedua suspek mempunyai rekod jenayah lampau.

“Kesemua dadah yang dirampas seberat 1.3 kilogram membabitkan nilai hampir RM60,000.

"Kedua suspek kini direman untuk siasatan dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.