Lebih 70,000 guru terima satu dos vaksin: Radzi

Sehingga kini, lebih 70,000 guru telah terima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sehingga kini, lebih 70,000 guru telah terima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Kementerian Pendidikan (KPM) akan berusaha memanfaatkan tempoh Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) untuk meningkatkan imunisasi dalam kalangan guru-guru seterusnya menggelakkan jangkitan Covid-19 sekiranya sesi persekolahan bersemuka dilaksanakan kelak.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Md Jidin berkata, buat masa ini lebih 70,000 guru telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

“Dalam tempoh ini, sekolah tidak akan dibuka sehingga akhir bulan depan (Julai).

“Saya telah berbincang dengan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan kita akan usahakan supaya dalam tempoh ini kita dapat tingkatkan imunisasi untuk guru-guru bawah KPM,” katanya pada Sidang Akhbar Khas secara maya pada Ahad.

Pada sidang akhbar itu, beliau turut mengumumkan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan berlangsung untuk tempoh 25 hari bermula 13 dan 14 Jun mengikut kumpulan negeri masing-masing.

Semua murid kemudiannya akan bercuti pertengahan penggal bermula 16 dan 17 Julai sehingga 26 dan 27 Julai juga mengikut kumpulan negeri masing-masing.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebarang pergerakan guru ke sekolah adalah termaktub di bawah arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) iaitu di bawah perlaksanaan sekatan pergerakan penuh ketika ini.

Artikel Berkaitan: