X

Kindly register in order to view this article
!

Kes positif Covid-19 dunia kini cecah 172.3 juta

Jumlah mangsa yang mati akibat Covid-19 di India kini cecah 344,000 kes. Foto Xinhua
A
A

JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 di seluruh dunia ketika ini mencecah 172.3 juta kes selepas lebih 500,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 33.35 juta kes, diikuti India dengan 28.69 juta kes dan Brazil dengan lebih 16.84 juta kes.

Manakala negara yang melebihi angka 5 juta kes ialah Perancis, Turki dan Rusia.

United Kingdom dan Itali pula mencatat kes melebihi 4 juta, manakala Argentina, Jerman, Sepanyol dan Colombia pula melebihi 3 juta kes.

Poland, Iran, Mexico dan Ukraine mencatat lebih 2 juta kes.

Peru, Indonesia, Belanda, Afrika Selatan dan Kanada antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.

Negara dalam lingkungan 300,000 hingga 600,000 kes termasuk Malaysia, Slovakia dan Panama.

Sementara itu, angka kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia kini melebihi 3.71 juta kes.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, AS kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 597,000 kes dan diikuti Brazil dengan lebih 470,000 kes, India lebih 344,000 kes, Mexico lebih 228,000 kes.

Sementara itu, United Kingdom, Itali, Rusia dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk Jerman dan Sepanyol.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan melebihi 50,000 kes korban diikuti Filipina di tangga kedua dengan lebih 20,000 kes dan Malaysia.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!