Sila log masuk terlebih dahulu.

Hello Lim Guan Eng

No Image Caption
A
A
A

FERI Pulau Pinang ini telah dihantar ke Limbungan (dockyard) Bagan Dalam bersebelahan dengan Sungai Perai pada 27 November 2019. Pengendali perkhidmatan pada masa itu ialah RapidFerry iaitu sebuah anak syarikat Prasarana.

Sebab feri ini dihantar ke dockyard ialah ‘due for docking’’ dan memang dalam keadaan uzur. Alat-alat ganti yang diperbuat di Belanda pula tidak diperolehi. Maka feri ini tidak dapat beroperasi sejak 27 November 2019 dan berada di situ sehinggalah ke hari ini.

Tumpang tanya Lim Guan Eng, pada 27 November 2019, siapa Menteri Kewangan pada masa itu? Prasarana adalah sebuah syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD).

Ingat tak pada hujung tahun 2019, Lim Guan Eng selaku Menteri Kewangan mengumumkan peruntukan RM30juta kepada Penang Port Sdn Bhd (PPSB) untuk tujuan pembelian Catamaran baharu serta mengambilalih perkhidmatan ini daripada RapidFerry milik Prasarana. (Nota: Lim Guan Eng sekadar umum saja peruntukan tapi RM30juta TIDAK disenaraikan dalam Belanjawan 2020)

Kalau marah dan persoal kenapa tak membeli alat ganti untuk membaiki Feri Pulau Pinang ini dan seterusnya beroperasi, sepatutnya Lim Guan Eng tanya diri sendiri kerana pada masa itu dia begitu 'powerful' dan saya bukan Menteri Pengangkutan, saya hanya Ahli Parlimen Pembangkang sahaja.

Eh... Lim Guan Eng mudah lupa siapa Menteri Kewangan dan Menteri Pengangkutan pada 27 November 2019 ketika pemerintahan PH?

Kalau lupa, ini saya ingatkan. Saya pernah perincikan semuanya, siap ada hansard Dewan Rakyat yang pernah diungkapkan sendiri oleh Guan Eng.

Lim Guan Eng telah menuduh kerajaan PN mengkhianati Pulau Pinang dan tiada belas kasihan berhubung penamatan...

Artikel Berkaitan:

Posted by Wee Ka Siong on Thursday, December 17, 2020

Walau bagaimana pun, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada YAB Chow Kuan Yow, Ketua Menteri Pulau Pinang kerana sentiasa berbincang dengan MOT untuk mencari jalan penyelesaian pragmatik terhadap permasalahan khusus di negeri Pulau Pinang. Malah, beliau sendiri turun padang menaiki feri “bot laju” pada 30 Disember 2020 bersama-sama dengan kakitangan pelabuhan sebelum perkhidmatan feri mula diambilalih oleh PPSB pada awal Januari lalu.

Pada 24 Disember 2020, pihak Prasarana yang dimiliki oleh kerajaan pusat telah menulis surat kepada Exco Pengangkutan Kerajaan Pulau Pinang untuk menawarkan 6 buah feri (samada beroperasi atau tidak) secara percuma kepada Kerajaan Pulau Pinang.

Namun, Kerajaan Negeri pada 18 Januari 2021 telah bersetuju dan sudi menerima hanya sebuah feri saja. MOT terbuka dan menerima keputusan Kerajaan Negeri. Apa-apa pun terima kasih diucapkan kepada CM Chow!

Lagi 5 buah feri lama boleh diubahsuai menjadi muzium, restoran dan feri khas pelancong pada waktu tertentu, tapi bukan sebagai mod pengangkutan awam.

Sejak Januari 2021, negara kita sentiasa berada dalam pelaksanaan PKPB atau PKP demi mencegah penularan wabak Covid-19. Pihak Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) pula perlu melalui proses RFP atau tender terbuka walaupun ianya melibatkan feri lama ataupun yang telah rosak.

* Artikel ini dipetik daripada Facebook rasmi Wee Ka Siong