X

Kindly register in order to view this article
!

Fernandinho bakal disingkir City

FERNANDINHO
A
A

KAPTEN Manchester City, Fernandinho tersenarai sebagai antara pemain yang bakal dilepaskan kelab berkenaan bagi mengharungi saingan musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) 2021/2022.

Menurut satu kenyataan City pada Sabtu, keputusan melepaskan pemain berkenaan turut melibatkan Sergio Aguero dan juga Eric Garcia yang telah pun bersetuju untuk menyertai Barcelona.

“Biarpun tidak ada sebarang pengumuman rasmi berhubung perkara itu dibuat setakat ini, namun berdasarkan kontrak pemain berusia 36 tahun itu telah berada pada bulan terakhirnya di Etihad.

“Setakat ini difahamkan Fernandinho bersetuju untuk sebarang kontrak lanjutan, tetapi sehingga ke hari ini masih belum ada sebarang keputusan yang dimuktamadkan berhubung perkara berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Untuk rekod, Fernandinho yang menyertai City daripada kelab Shaktar Donetsk pada 2013 telah membantu The Citizens meraih pelbagai kejayaan.

Antaranya muncul juara EPL sebanyak empat kali, juara Piala Liga (enam kali) selain mara ke final Liga Juara-Juara buat kali pertama sebelum tewas 0-1 kepada Chelsea minggu lalu.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!