Sepanyol, Portugal setuju buat bidaan anjur Piala Dunia 2030

Penganjuran Piala Dunia 2022 bakal berlangsung di Qatar.
Penganjuran Piala Dunia 2022 bakal berlangsung di Qatar.
A
A
A

SEPANYOL dan Portugal telah bersetuju membuat bidaan bersama untuk menjadi hos kejohanan bola sepak paling berprestij - Piala Dunia 2030.

Bidaan itu diumumkan oleh Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez serta rakan sejawatannya dari Portugal, Antonio Costa dalam satu acara simbolik di Stadium Metropolitano, Madrid pada Jumaat.

Malah, mereka memaklumkan, kerajaan kedua-dua negara Eropah itu juga sedia memberikan komitmen sepenuhnya bagi menjayakan penganjuran Piala Dunia berkenaan.

Kedua-dua pemimpin berkenaan turut menandatangani perjanjian berhubung penganjuran Piala Dunia 2030 dengan kehadiran Raja Sepanyol, Felipe VI dan Presiden Portugal, Marcelo Rebelo de Sousa sejurus sebelum aksi persahabatan kedua-dua pasukan negara berkenaan menjelang Euro 2020.

Untuk rekod, pihak Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah merancang untuk memilih hos bagi Piala Dunia 2030 pada 2024.

Piala Dunia 2022 bakal berlangsung di Qatar manakala tiga buah negara - Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat dipilih bagi tuan rumah edisi 2026.

Artikel Berkaitan: