Lori terbalik, lebih 20 babi bergelimpangan

Puluhan babi yang bergelimpangan di bahu jalan di Asahan, Jasin pada malam Jumaat.
Puluhan babi yang bergelimpangan di bahu jalan di Asahan, Jasin pada malam Jumaat.
A
A
A

JASIN - Lebih 20 ekor babi bergelimpangan di bahu jalan apabila sebuah lori yang membawa muatan haiwan berkenaan terbabit kemalangan di Jalan Pondok Batang, Asahan di sini pada Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira 9.50 malam itu, lori yang dipandu seorang lelaki berusia 58 tahun dan beralamat di Masjid Tanah itu dalam perjalanan ke Senawang, Negeri Sembilan sebelum terbalik di jalan raya.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Mispani Hamdan berkata, kemalangan berlaku apabila lori yang membawa haiwan ternakan berkenaan hilang kawalan ketika melalui lokasi kejadian.

"Akibat kemalangan itu, lori berkenaan terbalik di bahu jalan menyebabkan puluhan ekor babi bergelimpangan di bahu jalan.

"Bagaimanapun, pemandu lori yang cedera ringan telah dihantar ke Hospital Jasin untuk menerima rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, kesemua haiwan berkenaan ditangkap dan dipindahkan ke lori lain oleh pihak syarikat berkenaan.

"Siasatan lanjut berhubung punca kemalangan masih lagi disiasat. Kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kemalangan," katanya.

Artikel Berkaitan: