X

Kindly register in order to view this article
!

15 kawasan di empat negeri dikenakan PKPD

Ismail Sabri -Foto Bernama
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 15 kawasan di Pahang, Sarawak, Perak dan Sabah.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, terdapat enam lokaliti di Sarawak dikenakan PKPD iaitu Rumah Panjang Anak Umba, Rumah Panjang Tulu Anak Sli, Rumah Panjang Duah Anak Entingi, Rumah Panjang Balin anak Gema, Sekolah Kebangsaan St Luke dan Klinik Kesihatan Nanga Baoh.

Beliau berkata, turut dikenakan PKPD ialah asrama pekerja kilang Eco Medi Glove melibatkan blok A, B, C dan D di Jalan Tembaga Kuning, Taiping; Kampung Gunung Senyum, Kuala Krau, Temerloh, Pahang; serta dua perkampungan di mukim Ulu Kinta, Perak iaitu Kampung Jelapang Baru dan Kampung Sungai Tapah.

Di Sabah pula, katanya, membabitkan tiga perkampungan di Tawau iaitu Kampung Kampung Blok 31; Kampung Sentosa, Blok 5, Hilltop; dan Kampung Bukit Kukusan, Tanjung Batu.

Selain itu, beliau berkata, PKPD di Sabah turut membabitkan Felda Umas 4, Kalabakan; dan Apartmen Taman Permata, Sandakan.

“Pelaksanaan PKPD ini bertujuan menyekat pergerakan dan penularan jangkitan Covid-19 dari kawasan berisiko selain memudahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjalankan pengesanan.

“Hasil daripada saringan, sebanyak 75 kes positif Covid-19 telah dilaporkan di kilang Eco Medi Glove dan 27 kes pula di enam lokaliti di Sarawak.

“Sebanyak 49 kes dikesan di tiga perkampungan di Sabah, selain Felda Umas 4 (10 kes), Apartmen Taman Permata (18 kes). Dua perkampungan di Ulu Kinta pula merekodkan sebanyak 15 kes serta di Kampung Gunung Senyum (22 kes)," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Ismail Sabri berkata, PKPD di Kampung Jelapang Baru, Kampung Sungai Tapah, Ulu Kinta bermula pada Ahad sehingga 19 Jun, manakala semua kawasan lain akan bermula Isnin sehingga 20 Jun ini.

Selain itu, beliau berkata, PKPD di tiga kawasan telah ditamatkan pada Ahad iaitu mengikut jadual.

"Kawasan tersebut ialah Silimpopon Mill dan Silimpopon Estate, Kalabakan; Kampung Melikai, Kuala Penyu, Sabah serta Taman Perumahan dan Perkampungan Sekitar Gau, Temerloh, Pahang," katanya.

Tambah beliau, KKM mengesahkan berlaku penurunan kes dan kluster adalah terkawal, manakala semua kes positif telah menerima rawatan.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!