133,000 warga emas disuntik vaksin fasa kedua PICK

Mohd Noh (berdiri, kanan) dan Onn Hafiz (duduk) meninjau persiapan dan kemudahan PPV di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Bahru, pada Sabtu.
Mohd Noh (berdiri, kanan) dan Onn Hafiz (duduk) meninjau persiapan dan kemudahan PPV di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Bahru, pada Sabtu.
A
A
A
JOHOR BAHRU - Seramai 133,000 warga emas akan menerima suntikan dos suntikan vaksin Astrazeneca dalam Fasa 2 Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) seluruh negeri Isnin ini.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Bahagian Pengurusan, Datuk Mohd Noh Ibrahim berkata, mereka dinasihatkan datang mengikut waktu serta tarikh yang ditetapkan bagi mengelakkan kesesakan jalan dan PPV.

"Bagi memastikan aliran trafik berjalan lancar, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) akan memandu arah penerima ke lokasi yang dituju.

"Seperti tempat lain, kita benarkan seorang sahaja menemani warga emas ke PPV. Kita juga ada menugaskan sukarelawan untuk membantu mereka ini dari masa ke masa," katanya kepada pemberita selepas meninjau PPV di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor (Persada Johor) di sini pada Sabtu.

Turut hadir Exco Pelancongan, Belia dan Sukan Negeri Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Aman Rabu.

Sementara itu, wakil Organisasi Penjagaan Kesihatan, Dr Adnan Sulaiman berkata, warga emas yang berjaya mendapatkan janji temu untuk suntikan vaksin dinasihatkan hadir walaupun mengalami masalah kesihatan.

Menurutnya, mereka boleh mẹlakukan penilaian kesihatan sebelum meneruskan prosedur seterusnya.

Beliau yang juga pegawai perubatan dari Kumpulan Perubatan Penawar meminta penerima vaksin menyembunyikan maklumat daripada doktor sekiranya tidak sihat, menghidap penyakit atau alahan.

"Jadi, jika ada peserta yang tidak mahu hadir disebabkan faktor kesihatan, itu terpulang kepada mereka tetapi sebaiknya mereka datang untuk dibuat penilaian sama ada perlu atau tidak diberikan suntikan," katanya.
Artikel Berkaitan:


Dr Adnan berharap 100 peratus kehadiran kerana proses itu penting dan jika terlepas janji temu, mereka terpaksa mendaftar semula dan menunggu lama untuk mendapat giliran yang baharu.

Tambah beliau, bagi tiga hari pertama bermula Isnin hingga Rabu 1,000 peserta akan menerima suntikan vaksin itu di PPV Persada Johor manakala dianggarkan 3,000 peserta sehingga 27 Julai depan.