Bomba selamatkan wanita cuba terjun jejantas

Anggota bomba berjaya menyelamatkan wanita berkenaan daripada terjun dari jejantas berhampiran sebuah sekolah di Pagoh.
Anggota bomba berjaya menyelamatkan wanita berkenaan daripada terjun dari jejantas berhampiran sebuah sekolah di Pagoh.
A
A
A

MUAR - Pujukan anggota bomba berjaya menyelamatkan nyawa seorang wanita daripada terjun dari jejantas berhampiran sebuah sekolah di Pagoh, pada pagi Sabtu.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pagoh, Pegawai Bomba Kanan II Salwani Ho Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.53 pagi sebelum sebuah jentera dengan tujuh anggota dikejarkan ke tempat kejadian.

“Apabila sampai di lokasi, kita dapati wanita berusia 51 tahun itu cuba terjun dari jejantas. Kita kemudiannya bertindak memujuk mangsa selama beberapa minit.

“Wanita itu kemudiannya akur dan diselamatkan oleh pasukan bomba,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Jelas beliau, wanita itu kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada jam 12.39 tengah hari.

Artikel Berkaitan: