X

Kindly register in order to view this article
!

Bekalan ikan cukup walaupun ketika 'lockdown'

Che Abdullah (tengah) meninjau ikan yang dibawa naik dari jeti berdekatan di Pasar Nelayan Pulau Gajah di sini.
A
A

KOTA BHARU - Stok bekalan ikan di negara ini tidak berdepan masalah walaupun dalam tempoh Sekatan Pergerakan Penuh atau 'lockdown' bermula 1 Jun lalu.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, sehingga kini bekalan ikan negara ialah sebanyak 185,000 tan metrik sebulan dan ia melebihi jumlah permintaan iaitu 155,000 tan metrik sebulan.

Beliau berkata, walaupun dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun kerajaan sentiasa memastikan pergerakan rantaian makanan dapat berjalan lancar dan memenuhi keperluan semasa negara.

"Beberapa agensi di bawah kita akan memastikan bekalan negara sentiasa mencukupi. Kita juga sentiasa mendapat maklum balas dan aduan melalui bilik gerakan yang dibuka sejak PKP 1.0 pada tahun lalu.

"Kita akan memastikan tiada masalah timbul bermula dari pengeluaran produk sehinggalah ke peringkat pemasaran kepada pelanggan," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja dan tinjauan di Pasar Nelayan Pulau Gajah di sini pada Sabtu.

Che Abdullah sehubungan itu berkata, rakyat tidak perlu bimbang, malah kerajaan akan sentiasa mendorong kumpulan nelayan untuk terus melaksanakan kerja masing-masing dengan menangkap ikan di lautan.

Dalam perkembangan lain, Che Abdullah berkata, semua usahawan, penternak dan petani di bawah kementeriannya digalakkan untuk segera mengambil suntikan vaksin Covid-19.

Katanya, langkah itu sangat penting kerana golongan tersebut diibaratkan barisan hadapan yang sentiasa berdepan risiko terutama ketika melakukan urus niaga di pasar.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!