Dua kediaman jadi pusat panggilan judi online

Polis membongkar kegiatan judi online yang beroperasi di premis kediaman di Subang Jaya Selangor.
Polis membongkar kegiatan judi online yang beroperasi di premis kediaman di Subang Jaya Selangor.
A
A
A

SUBANG JAYA - Sindiket perjudian online yang beroperasi di premis kediaman di Bandar Sunway, di sini dengan mensasarkan pelanggan di China digempur polis, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, serbuan Ops Dadu kira-kira jam 4 petang itu bertindak menyerbu dua premis kediaman dan berjaya menahan lapan lelaki tempatan berusia 25 hingga 36 tahun.

Menurutnya, polis kemudian telah merampas 10 unit komputer, 19 telefon bimbit, dua modem, router (1) dan USB (30).

"Siasatan awal mendapati, kediaman yang dijadikan sebagai calling centre ini telah menawarkan khidmat judi online kepada pelanggan di pasaran China menggunakan aplikasi WhatsApp dan Telegram.

"Sindiket yang telah beroperasi kira-kira dua tahun itu menggajikan semua suspek yang berperanan sebagai operator dengan gaji RM2,500 hingga RM4,000," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, siasatan dijalankan di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana disyaki terlibat dalam penganjuran judi online.

Tegas Abd Khalid, orang ramai diingatkan supaya tidak terlibat dalam kegiatan perjudian kerana tindakan tegas akan diambil terhadap penganjur atau pemain.

"Pihak polis juga mengalu-alukan agar masyarakat Subang Jaya dan sekitar bersama-sama membanteras aktiviti ini dengan menyalurkan sebarang maklumat mengenai aktiviti judi online di talian 03-5621 0343 (Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya).

Artikel Berkaitan:

"Segala identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan. Bersama-sama kita memerangi judi online ini," katanya.