Undi tak percaya: Cubaan pecah belah PH

Wan Azizah (kiri) dan Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (kanan) semasa sesi Taklimat Khas Pasca Bencana Monsun Timur Laut (MTL) 2018/2019 di sini, hari ini.
Wan Azizah (kiri) dan Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (kanan) semasa sesi Taklimat Khas Pasca Bencana Monsun Timur Laut (MTL) 2018/2019 di sini, hari ini.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan dakwaan wujudnya undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah cubaan untuk memecah belahkan PH.

Menyifatkan ia sebagai fitnah, ia dilihat sengaja dibuat untuk menimbulkan keresahan dalam kalangan pimpinan PH.

“Macam saya katakan, ia satu fitnah untuk menimbulkan keresahan dalam kalangan PH. Kita ada pertemuan (dalam kalangan pimpinan) PH, dalam kabinet juga bertemu (berbincang), tak ada apa-apa,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri sesi Taklimat Khas Pasca Bencana Monsun Timur Laut (MTL) 2018/2019 di Bilik Gerakan Negeri, Wisma Darul Iman di sini, hari ini.

Sementara itu, ditanya pendirian PH tentang sokongan Pas terhadap Dr Mahathir, Wan Azizah mengalu-alukan sokongan berkenaan.

“Kita alu-alukan sokongan tapi kalau dalam pilihan raya nanti, kita melihat sokongan itu tidak membawa penambahan kepada kami, PH. Jadi, itu menjadi tanda tanya,” katanya.

Isu mengenai undi tidak percaya dibangkitkan selepas pendedahan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan kononnya terdapat dua parti dalam PH mungkin merancang pembelotan terhadap Dr Mahathir.

Artikel Berkaitan: