X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: 7,452 kes baharu, Selangor kekal tertinggi

Dr Noor Hisham
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Negeri Selangor yang mengekalkan kedudukan tertinggi bagi jumlah kes harian Covid-19 turut mencatatkan 33 kematian daripada 109 jumlah keseluruhan yang dilaporkan pada Sabtu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kematian akibat wabak itu meningkat kepada 3,291 kes.

Menurut beliau, ia diikuti Johor (22); Kuala Lumpur (12); Negeri Sembilan (9); Kelantan (6); masing-masing lima di Kedah dan Melaka; Perak (4); Labuan (3); masing-masing dua di Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Pahang dan masing-masing satu di Terengganu dan Putrajaya.

"Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga ingin memaklumkan bahawa jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di Malaysia terus meningkat kepada 610,574 selepas 7,452 kes baharu dilaporkan pada Sabtu," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, kes tempatan melibatkan 7,444, manakala lapan membabitkan kes import.

"Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi iaitu 2,509, diikuti Negeri Sembilan (843); Kuala Lumpur (678); Sarawak (651); Johor (412) dan Kelantan (312).

"Selain itu, Pahang (286); Kedah (263); Sabah (259); Perak (252); Melaka (206); Labuan (205); Terengganu (190); Putrajaya (12) dan Perlis (4)," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak 6,105 kes sembuh sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kini meningkat kepada 521,676 atau 85.4 peratus daripada keseluruhan kes Covid-19 yang dilaporkan di negara ini.

Katanya, setakat Sabtu seramai 886 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU), manakala 446 memerlukan bantuan pernafasan.

"KKM turut mengenal pasti 24 kluster baharu menjadikan keseluruhan kluster yang dicatatkan di Malaysia melonjak kepada 2,308," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!